Skip to main content

Tanda-tanda awal sakit jantung

Kematian secara tiba-tiba akibat serangan jantung telah menyedarkan sue betapa pentingnya untuk membuat pemeriksaan kesihatan jantung. Ini kerana penyakit jantung di anggap sebagai pembunuh senyap . Sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja

Tanda-tanda awal sakit jantung.

Baru-baru ini sue telah membuat kesihatan jantung di UTC belakang kbmall untuk membuat pemeriksaan jantung dengan membuat ujian ECG. Dari situ doktor ada cakap point yang penting jika ada masalah jantung seperti jantung berdebar- debar dengan cepat @ rasa sakit di bahagian dada & rasa sakit di bahagian leher. Ujian ECG tidak cukup untuk mengetahui jika jantung betul-betul sihat @ tidak. Disebabkan di UTC tidak ada makmal untuk membuat ujian lain, perlu pergi buat pemeriksaan di klinik kesihatan

Di antara ujian-ujian untuk pemerikasaan jantung ialah :

1. ujian darah
2. ujian tekanan pengisar anjakan 3.angiogram koronari.

Tanda-tanda awal sakit jantung yang lain ialah :

1.sukar bernafas
2.pening kepala
3. Muntah.
4. Sakit dada biasanya berlaku di bahagian kiri dada & kesakitan merebak ke bahagian lengan leher & bahu kiri.

DEMC menyenaraikan tanda-tanda awal sakit jantung iaitu:

1. sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti berjalan laju, berjoging, turun naik tangga dan sebagainya.
2. Badan terasa penat, sentiasa termegah-megah, lelah @ batuk berlebihan.
3. Kebolehan melakukan aktiviti biasa dilakukan semakin berkurang.
4. Terasa letih, lesu, pening & mudah pitam. Anda boleh merasa denyutan jantung bergerak laju & cepat peluh.

Jika anda ada tanda-tanda awal sakit jantung seperti yang disenarai di atas, berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan. Terdapat juga seorang kawan sue yang tidak menyangka dirinya di diagnosis ada sakit jantung walaupun usia masih muda.

Penyakit jantung ini boleh di cegah, dirawat & di elakkan jika menjaga jantung kita dengan baik.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjaga kesihatan jantung :

1. Membuat senaman jogging @ berjalan 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali.
2. Elakkan makanan terlalu manis & masin
3. Kurangkan makanan mengandungi kolesterol, berminyak & berlemak.
4. Kawal tekanan perasaan @ emosi agar tidak menghadapi tekanan tinggi yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
5. Berhenti merokok.
6. Makan makanan nutrien & berzat tinggi.

Supplemen-supplemen untuk kesihatan jantung ialah :
1. Omega Guard
2. Phytocol ST
3. CoQHealth Plus
4. Garlic Complex

Boleh hubungi sue 013 3565768 untuk dapatkan produk Shaklee



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Jangkitan Kencing Kotor

Pengalaman jangkitan kencing kotor adalah pengalaman yang sue tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Pertama kali merasai simptom jangkitan kencing kotor adalah semasa buang air kecil, terasa sangat sakit  atau pedih terutama terakhir buang air kecil serta bau yang busuk. Hal ini berlanjutan selama seminggu. Ini semua gara-gara sue tidak ada pengetahuan ilmu tentang jangkitan kencing kotor. Sue biarkan tiada masalah dan menyedapkan hati tiada apa akan berlaku. Namun sangkaan sue meleset sama kali. Apabila sakit semakin tidak tahan, sue bagitahu kepada kakak sepupu (tinggal dengan kakak sepupu) Dan kemudiannya belikan ubat antibiotic. Tetapi malangnya kesakitan dirasai di belakang semakin sakit. Dan malam itu, tidur sue tidak lena & tidur dalam kesakitan & menangis menahan kesakitan tersebut. Dan esoknya pagi itu, sakit semakin menjadi-jadi sehingga kesakitan dirasai di buah pinggang. Masa itu, hendak duduk sahaja sudah tidak boleh kerana sakit yang teramat sangat.  Terus kak

Cara untuk menambah ketinggian badan

Sue merupakan antara individu yang mempunyai ketinggian yang rendah iaitu mencapai ketinggian hanya 142 cm. Sememangnya acap kali sue dengar orang komen tentang ketinggian sue. Apabila mengetahui umur sue 20 tahun keatas, terus diorang cakap "Eh dah umur lebih 20 tahun rupanya. Tengok cam budak sekolah rendah" atau komen yang lain ialah " kecilnya awak, cam budak sekolah rendah". Balik-balik dengar oramg komen sue seperti budak sekolah rendah. Tapi sue masih bersyukur kerana masih dikurniakan badan dan sifat yang sempurna.  Sejak kebelakangan ini, sue tengok banyak agen-agen menjual supplemen @ ubat untuk menambah ketinggian. Dulu sue pernah terfikir untuk cuba tapi tidak berani untuk mencuba. Terima la ketinggian sue dengan seadanya. Tapi sue boleh katanya ada cara untuk menambah ketinggian badan iaitu dengan pengambilan OSTEMATRIX shaklee. Tapi perlu diingatkan, tidak semua orang boleh menambah ketinggian badan. Memetik artikel daripada majalah i

Vaksinasi percuma untuk wanita : program vaksinasi HPV untuk wanita

Adakah anda seorang wanita yang lahir pada tahun 1990-1996? Anda berpeluang dapatkan vaksinasi secara percuma dalam program vaksinasi HPV untuk wanita di Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh negara. Namun bukan semua wanita boleh dapatkan vaksinasi secara percuma. Berikut adalah kriteria wanita layak:  ✔ warganegara Malaysia @ penduduk tetap ✔ wanita yang lahir pada tahun 1990-1996 ✔ wanita bujang & tidak pernah berkahwin ✔ tidak hamil ✔ tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital. Vaksinasi diberikan sebanyak 3 dos :  1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan 2. 1 bulan selepas suntikan pertama 3. 6 bulan selepas suntikan pertama           Apa itu HPV?   HPV (Vaksin virus papiloma manusia) merupakan vaksin yang mencegah jangkitan oleh beberapa jenis papilomavirus manusia yang tertentu. Vaksin yang ada memberi perlindungan daripada 2, 4,atau 9 jenis HPV. Semua vaksin memberi perlindungan daripada sekurang-kurangnya HPV 16 dan 18 yang mengakibatk