Skip to main content

Mengapa pengambilam supplemen penting ?

Pentingkah untuk mengambil supplemen dalam diet harian kita? Penting jika hendak menjaga kesihatan dan mengelakkan sebarang komplikasi penyakit pada masa hadapan. Apabila umur semakin meningkat, barulah datang penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, diabetes dan sebagainya. Sebenarnya kita boleh elakkan @ kawal penyakit tersebut jika jaga pemakanan. Tapi zaman sekarang sudah tidak mengira muda atau tua. Menurut akhbar Sinar Harian, seorang remaja menghidap kencing manis kerana kerap minum minuman berkarbohidrat. Kesian, kecil-kecil dah ada kencing manis. Sebab itu la mengapa penting pengambilan supplemen supaya badan sihat & dapat mencegah sebarang penyakit.

Bagi sue yang ada sejarah kanser payudara lagi la menjaga menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ada satu artikel yang mengatakan gaya hidup yang sama dengan ahli keluarga yang merupakan penghidap kanser akan meningkatkan lagi risiko kepada waris keluarga tersebut untuk mendapat penyakit kanser payudara. Sue tidak berapa pasti penyataan tersebut betul atau tidak. Yang pasti, sue tahu tetap ada risiko yang tinggi dapat penyakit kanser payudara kerana arwah mak juga merupakan bekas pesakit kanser payudara. Selain mengambil supplemen-supplemen,  penting sue mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi pemakanan, melakukan rutin senaman dan juga mengawal tekanan perasaan. Jangan tidak tahu, tekanan perasaan juga boleh membunuh kita.

Sue senaraikan mengapa pengambilan supplemen penting.
1. Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.
- sebagai contoh makan buah oren untuk mendapat vitamin C. Tapi adakah cukup untuk badan kita yang memerlukan 500mg vitamin C. Setengah biji oren bersamaan 1 tablet SR Vita C Plus Shaklee 500mg

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur.
- penggunaan baja kimia yang berterusan boleh menyebabkan tanah kurang subur.

3. Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.
- sesetengah masakan yang terlalu lama boleh menyebabkan kehilangan zat & nutrien.

4. Gaya hidup yang tidak sihat mungkin menganggu penyerapan zat makanan.
- gaya hidup yang tidak sihat seperti terlalu lama menghadap komputer untuk bermain "game" boleh menganggu jadual harian pemakanan yang tidak teratur.

             
           

5. Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan.
- berapa hidangan kita yang hidang terdapat pelbagai nutrien seperti protein, vitamin A, kalsium dan sebagainya ?

         

6. Mungkin terlalu kerap makan di luar.
- Jika malas masak, penyelesaian yang tepat adalah makan di luar!,Tidak. Kita tidak tahu jika terdapat kedai yang memasukkan penambah perisa MSG dalam masakan tersebut.

7. Pekerjaan terlalu banyak tekanan perasaan.
- terlalu stress menyebabkan sesetengah orang tidak memgambil peduli hal pengambilan makanan yang sihat. Hanya memikir bagaimana hendak meredakan stress seperti merokok!

                     

8. Kerap dijangkiti deman dan jangkitan lain.
- apabila aistem imun kita lemah, lebih mudah untuk dijangkit demam. Tingkatkan sistem imun dengan pengambilan supplemen selain pemakanan yang sihat.

Ada satu daripada group whatsapp yang sue sempat baca yang mengatakan nenek & atok masih sihat sehingga 80 tahun ke atas, tidak mengambil sebarangan supplemen pun. Tidak, jangan disamakan  zaman dulu dengan zaman sekarang. Zaman sekarang saban hari ada pencemaran udara, air & makanan yang mengakibatkan kemusnahan nutrien. Tekanan perasaan juga meningkat dengan taraf hidup yang tinggi dengan perbelanjaan yang tinggi.

Jadi penting untuk mengambil supplemen @ makanan tambahn untuk meningkatkan lagi zat dan nutrien dalam badan.

Boleh hubungi sue / whatsapp 013 3565768 untuk order produk kesihatan shaklee.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Jangkitan Kencing Kotor

Pengalaman jangkitan kencing kotor adalah pengalaman yang sue tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Pertama kali merasai simptom jangkitan kencing kotor adalah semasa buang air kecil, terasa sangat sakit  atau pedih terutama terakhir buang air kecil serta bau yang busuk. Hal ini berlanjutan selama seminggu. Ini semua gara-gara sue tidak ada pengetahuan ilmu tentang jangkitan kencing kotor. Sue biarkan tiada masalah dan menyedapkan hati tiada apa akan berlaku. Namun sangkaan sue meleset sama kali. Apabila sakit semakin tidak tahan, sue bagitahu kepada kakak sepupu (tinggal dengan kakak sepupu) Dan kemudiannya belikan ubat antibiotic. Tetapi malangnya kesakitan dirasai di belakang semakin sakit. Dan malam itu, tidur sue tidak lena & tidur dalam kesakitan & menangis menahan kesakitan tersebut. Dan esoknya pagi itu, sakit semakin menjadi-jadi sehingga kesakitan dirasai di buah pinggang. Masa itu, hendak duduk sahaja sudah tidak boleh kerana sakit yang teramat sangat.  Terus kak

Cara untuk menambah ketinggian badan

Sue merupakan antara individu yang mempunyai ketinggian yang rendah iaitu mencapai ketinggian hanya 142 cm. Sememangnya acap kali sue dengar orang komen tentang ketinggian sue. Apabila mengetahui umur sue 20 tahun keatas, terus diorang cakap "Eh dah umur lebih 20 tahun rupanya. Tengok cam budak sekolah rendah" atau komen yang lain ialah " kecilnya awak, cam budak sekolah rendah". Balik-balik dengar oramg komen sue seperti budak sekolah rendah. Tapi sue masih bersyukur kerana masih dikurniakan badan dan sifat yang sempurna.  Sejak kebelakangan ini, sue tengok banyak agen-agen menjual supplemen @ ubat untuk menambah ketinggian. Dulu sue pernah terfikir untuk cuba tapi tidak berani untuk mencuba. Terima la ketinggian sue dengan seadanya. Tapi sue boleh katanya ada cara untuk menambah ketinggian badan iaitu dengan pengambilan OSTEMATRIX shaklee. Tapi perlu diingatkan, tidak semua orang boleh menambah ketinggian badan. Memetik artikel daripada majalah i

Vaksinasi percuma untuk wanita : program vaksinasi HPV untuk wanita

Adakah anda seorang wanita yang lahir pada tahun 1990-1996? Anda berpeluang dapatkan vaksinasi secara percuma dalam program vaksinasi HPV untuk wanita di Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh negara. Namun bukan semua wanita boleh dapatkan vaksinasi secara percuma. Berikut adalah kriteria wanita layak:  ✔ warganegara Malaysia @ penduduk tetap ✔ wanita yang lahir pada tahun 1990-1996 ✔ wanita bujang & tidak pernah berkahwin ✔ tidak hamil ✔ tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital. Vaksinasi diberikan sebanyak 3 dos :  1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan 2. 1 bulan selepas suntikan pertama 3. 6 bulan selepas suntikan pertama           Apa itu HPV?   HPV (Vaksin virus papiloma manusia) merupakan vaksin yang mencegah jangkitan oleh beberapa jenis papilomavirus manusia yang tertentu. Vaksin yang ada memberi perlindungan daripada 2, 4,atau 9 jenis HPV. Semua vaksin memberi perlindungan daripada sekurang-kurangnya HPV 16 dan 18 yang mengakibatk