Skip to main content

Pengalaman Jangkitan Kencing Kotor

Pengalaman jangkitan kencing kotor adalah pengalaman yang sue tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Pertama kali merasai simptom jangkitan kencing kotor adalah semasa buang air kecil, terasa sangat sakit  atau pedih terutama terakhir buang air kecil serta bau yang busuk. Hal ini berlanjutan selama seminggu. Ini semua gara-gara sue tidak ada pengetahuan ilmu tentang jangkitan kencing kotor. Sue biarkan tiada masalah dan menyedapkan hati tiada apa akan berlaku.

Namun sangkaan sue meleset sama kali. Apabila sakit semakin tidak tahan, sue bagitahu kepada kakak sepupu (tinggal dengan kakak sepupu) Dan kemudiannya belikan ubat antibiotic. Tetapi malangnya kesakitan dirasai di belakang semakin sakit. Dan malam itu, tidur sue tidak lena & tidur dalam kesakitan & menangis menahan kesakitan tersebut. Dan esoknya pagi itu, sakit semakin menjadi-jadi sehingga kesakitan dirasai di buah pinggang. Masa itu, hendak duduk sahaja sudah tidak boleh kerana sakit yang teramat sangat.  Terus kakak sepupu bawakkan ke klinik dan doctor bagitahu yang jangkitan kencing kotor sudah naik ke buah pinggang dan doctor bagikan ubat urinary alkalinizer, ubat antibiotic dan satu lagi sue tidak ingat yang perlu dihabiskan dalam seminggu dan doctor nasihatkan banyakkan minum air kosong supaya kuman dapat dikeluarkan melalui air kencing.

Simptom-simpton yang lain ialah demam secara mengejut, lemah badan, pening kepala, tiada selera makan & muntah-muntah. Ia mengambil masa selama lebih seminggu untuk sue sembuh seperti sediakan kala.

Dan kata kakak sepupu, jika berlaku jangkitan kencing kotor kali ke dua, itu bermakna ada batu karang dibuah pinggang. Sejak itu, sue jaga kesihatan diri sendiri dengan baik dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta mengambil supplemen untuk tingkatkan antibodi dalam badan.

Sue tidak pasti apa lagi simptom lain-lain jangkitan kencing kotor, tapi jika ikut pengalaman sue antara simptom pertama ialah berasa sakit @ pedih semasa buang air kecil dan berbau busuk. Jadi jika ada tanda-tanda tersebut, terus berjumpa doctor @ jika tidak mahu atau tiada masa jumpa doctor disebabkan kekangan masa, boleh ambil langkah pertama iaitu seboleh-boleh banyakkan minum air yang banyak supaya kuman dapat keluar melalui air kencing & ambil ubat antibiotic.

Ada sesetengah ibu yang hamil boleh juga kena jangkitan kencing kotor bolehlah ikhtiar set Shaklee untuk jangkitan kencing kotor.


Hubungi sue 013 3565768 untuk dapatkan produk-produk shaklee .
Pengedar shaklee terengganu
Instagram: suwaibah_shaklee
Fb: lavender sue
             

Comments

Popular posts from this blog

Cara untuk menambah ketinggian badan

Sue merupakan antara individu yang mempunyai ketinggian yang rendah iaitu mencapai ketinggian hanya 142 cm. Sememangnya acap kali sue dengar orang komen tentang ketinggian sue. Apabila mengetahui umur sue 20 tahun keatas, terus diorang cakap "Eh dah umur lebih 20 tahun rupanya. Tengok cam budak sekolah rendah" atau komen yang lain ialah " kecilnya awak, cam budak sekolah rendah". Balik-balik dengar oramg komen sue seperti budak sekolah rendah. Tapi sue masih bersyukur kerana masih dikurniakan badan dan sifat yang sempurna.  Sejak kebelakangan ini, sue tengok banyak agen-agen menjual supplemen @ ubat untuk menambah ketinggian. Dulu sue pernah terfikir untuk cuba tapi tidak berani untuk mencuba. Terima la ketinggian sue dengan seadanya. Tapi sue boleh katanya ada cara untuk menambah ketinggian badan iaitu dengan pengambilan OSTEMATRIX shaklee. Tapi perlu diingatkan, tidak semua orang boleh menambah ketinggian badan. Memetik artikel daripada majalah i

Vaksinasi percuma untuk wanita : program vaksinasi HPV untuk wanita

Adakah anda seorang wanita yang lahir pada tahun 1990-1996? Anda berpeluang dapatkan vaksinasi secara percuma dalam program vaksinasi HPV untuk wanita di Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh negara. Namun bukan semua wanita boleh dapatkan vaksinasi secara percuma. Berikut adalah kriteria wanita layak:  ✔ warganegara Malaysia @ penduduk tetap ✔ wanita yang lahir pada tahun 1990-1996 ✔ wanita bujang & tidak pernah berkahwin ✔ tidak hamil ✔ tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital. Vaksinasi diberikan sebanyak 3 dos :  1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan 2. 1 bulan selepas suntikan pertama 3. 6 bulan selepas suntikan pertama           Apa itu HPV?   HPV (Vaksin virus papiloma manusia) merupakan vaksin yang mencegah jangkitan oleh beberapa jenis papilomavirus manusia yang tertentu. Vaksin yang ada memberi perlindungan daripada 2, 4,atau 9 jenis HPV. Semua vaksin memberi perlindungan daripada sekurang-kurangnya HPV 16 dan 18 yang mengakibatk