Tengah hari tadi sebelum budak kecil tertidur, dia menangis hendak minum susu tapi baru je dia habis minum susu, budak kecil mintak susu lagi... Hmmm, sue pun penat dan malas sebenarnya hendak buat lagi susu jadi abaikan. Dan dia terus menangis kemudian dia tertidur. Sue ingatkan dah lega dan ingin rehat kemudian buat kerja lain. Tapi 1 jam kemudian entah ribut dari mana, budak kecil bangun dan menangis hendak susu pulak. Alamak nampaknya terima la akibatnya tidak ikut permintaan tadi sebelum budak kecil tidur. Asalnya dia bangun hendak minum susu, tapi lain pulak dia mahu. Terus dia manja-manja hendak dukung. Punya la penat dukung,ingatkan dah tertidur jadi baringkan dia di atas katil. Tapi terus tidak jadi hendak baringkan dia apabila dia masih menangis hendak dukung lagi. Kepenatan tadi sudah menjadi dua kali ganda apabila budak kecil terus hendak dukung selama setengah jam. Tapi yang sebenarnya, apabila dia sudah bertenang, terus mintak susu. Pulak...dia marah kot kerana tidak ikut permintaan tadi. Hal sebegini memang kerap berlaku, jika dia memgamuk sebelum tertidur, terima la akibatnya selepas dia bangun nanti. Lain pula jika budak kecil tertidur dengan gembira, bangun nanti bukan kemain dia hendak manja-manja dan kemudian dia terus main permainannya.
Pengajarannya , pastikan dia tidur dalam keadaan selesa dan rasa gembira supaya bila dia bangun pun rasa gembira. Ini mengikut pengalaman sue la kerana ada masa bila budak kecil bangun, dia akan buat kejutan yang comel dan sue sendiri pon rasa terkejut kerana apabila sue sedang buat kerja lain, dengan tiba-tiba budak kecil bangun dan buat kejutan comel. Sebabnya sebelum dia tidur, sue bermain dengannya dan dia happy sampai tertidur.
Selain itu, sue hendak kongsikan tip iaitu pastikan bayi tidur pada waktu tengah hari. Sue perasan bila budak kecil tidak tidur tengah hari, dia akan tertidur pada waktu petang dan kemudian akan menganggu si ibu pada waktu malam apabila dia masih lagi belum tidur & aktif selepas dia tidur pada waktu petang. Apa lagi terpaksa la berjaga malam apabila melihat budak kecil aktif main dan kita pon terpaksa ikut turut serta main dengan budak kecil bila sudah tengah malam.
Sue hendak kongsikan tip-tip supaya bayi tidur lena mengikut Pakar Perunding Tidur Bayi Bertauliah, Sarah Ong Haris yang mengatakan terdapat beberapa teknik yang boleh membantu bayi tidur lena dalam majalah iSihat.
Mengikut majalah iSihat, terdapat 5 langkah bantu bayi tidur nyenyak:
1. Ibu bapa perlu wujudkan waktu tidur bayi secara konsisten.
- contohnya, tidurkan anak setiap pukul 3 petang. Lama-kelamaan mereka akan mula mengatuk sebelum setiap kali tiba jam tersebut.
2. Rancakkan aktiviti pada siang hari.
- caranya, ajak mereka bermain bersama. Menyanyi @ apa sahaja aktiviti yang merangsangkan otak si kecil. Biasakan dengan persekitaran yang bising kerana suasana begitu membantu mereka tidur lebih lena.
3. Wujudkan sesuatu yang akan memudahkan mereka tidur.
- contohnya, anak patung, bantal & sebagainya. Bagaimanapun anda mesti rancang dengan bijak untuk membuang " kesayangan" mereka apabila tiba masanya kelak.
4. Bercakap dengan lembut dan tenang
- beritahu anak dengan lembut dan tenang bahawa pada waktu berkenaan dia perlu tidur. Setiap kali tiba waktu tidur, setiap kali itulah anda perlu ingatkan si manja. Supaya mereka belajar untuk membiasakan diri dengan jadual tidur yang ditetapkan.
5. Pastikan posisi tidur bayi yang selesa.
- selalunya bayi akan merenggek dan menangis sebelum tidur. Ini kerana posisi tidur mereka yang tidak selesa. Sebaiknya letakkan mereka tidur secara terlentang @ mengiring.
Promosi vivix december. Dapatkan vivix dengan pembelian 6 botol vivix dan percuma satu botol atau pembelian twinpack less 5 %.
Hubungi /whatsapp sue 013 3565768
Kredit: majalah iSihat

Comments
Post a Comment