Tengah hari tadi sebelum budak kecil tertidur, dia menangis hendak minum susu tapi baru je dia habis minum susu, budak kecil mintak susu lagi... Hmmm, sue pun penat dan malas sebenarnya hendak buat lagi susu jadi abaikan. Dan dia terus menangis kemudian dia tertidur. Sue ingatkan dah lega dan ingin rehat kemudian buat kerja lain. Tapi 1 jam kemudian entah ribut dari mana, budak kecil bangun dan menangis hendak susu pulak. Alamak nampaknya terima la akibatnya tidak ikut permintaan tadi sebelum budak kecil tidur. Asalnya dia bangun hendak minum susu, tapi lain pulak dia mahu. Terus dia manja-manja hendak dukung. Punya la penat dukung,ingatkan dah tertidur jadi baringkan dia di atas katil. Tapi terus tidak jadi hendak baringkan dia apabila dia masih menangis hendak dukung lagi. Kepenatan tadi sudah menjadi dua kali ganda apabila budak kecil terus hendak dukung selama setengah jam. Tapi yang sebenarnya, apabila dia sudah bertenang, terus mintak susu. Pulak...dia marah kot kerana tidak ikut...
Changing Brands Can Change Your Life