Skip to main content

Luka bersalin secara pembedahan cepat sembuh

Luka bersalin secara pembedahan adalah lebih menyakitkan berbanding bersalin secara normal. Apabila sue baca komen-komen di facebook, sue rasa sedih dan sempat berdoa jika ada rezeki untuk ibu diminta supaya bersalin secara normal. Macam-macam komen yang sue baca diantaranya ialah sakit belakang semasa tidur, rasa sakit ketika hendak pergi ke toilet, hendak bangun pun rasa sakit dan sebagainya.

Ada juga yang bersalin secara pembedahan, lukanya cepat sembuh. Tetapi ada yang mengambil masa 3 bulan baru hendak sembuh. Ini semua bergantung kepada penjagaan selepas bersalin dan memerlukan sokongan daripada suami, keluarga.
 Anda ingin memgetahui bagaimana luka bersalin secara pembedahan cepat sembuh?  Jom baca kisah Nurainy Md Jali.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 38 : NURAINY MD JALI
.

[LUKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN DAN VITAMIN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum w.b.t. Saya Nurainy bte Md Jali merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Ammar Izzariel  bin Mohamad Izat. Kisah Anie jatuh hati dengan Shaklee bermula selepas lahirkan anakanda tercinta. 
.

Semasa dalam tempoh berpantang hari yang kesembilan, Anie diduga mengalami pendarahan pada luka pembedahan. Setiap pergerakan menyebabkan darah keluar daripada luka jahitan tersebut. Risau keadaan menjadi lebih serius, suami Anie pun membawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor, tiada apa-apa yang serius dan minta supaya Anie pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk cuci luka tersebut pada setiap hari selama seminggu.
.

Setelah hampir seminggu masih lagi terdapat darah yang keluar dari luka tersebut tetapi hanyalah sedikit sahaja. Walaupun sedikit Anie tetap risau. Mulalah mencari penawar untuk luka sembuh. Selepas banyak yang Anie jumpa dalam Google, Anie buat keputusan untuk membeli Vita-Lea, ESP dan Sustained Released Vita-C Plus. Bermula dari kisah itu Anie pun mendaftar sebagai ahli. Alhamdulillah dalam satu minggu konsisten pengambilan kesemua suplemen dan vitamin itu, luka pembedahan Anie jadi kering dan beransur pulih. Tiada lagi pendarahan.
.

Kemudian, Anie mula menambah koleksi suplemen dan vitamin yang lain iaitu Alfalfa Complex, Ostematrix, Omega Guard dan B- Complex sehinggalah lengkap Set Penyusuan Anie. Alhamdulillah, asbab pengambilan set ini susu jadi pekat dan meriah. Anak cepat kenyang dan jarang sangat meragam. Jika waktu bekerja Anie akan menjalankan dua sesi untuk mengepam susu untuk pastikan bekalan susu anak sentiasa cukup. Alhamdulillah sepanjang dua tahun berjaya menyusukan anak tanpa putus bekalan. Walaupun hakikatnya terdapat pelbagai halangan yang mendatang.
.

Pengambilan ESP setiap pagi menjadikan susu lebih pekat, apabila pekat anak akan rasa cepat kenyang. Miss B pun cepat penuh tau sepanjang pengambilan set lengkap menyusu ini. Bonus yang Anie perolehi ialah berat kembali seperti sebelum hamil. Inilah #shakleeeffects yang Anie alami. Kesemua ini membuatkan Anie mendapat bekalan tenaga yang berpanjang serta kekal aktif sepanjang hari.
.

Hinggalah sekarang, Anie masih lagi mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee tersebut pada setiap hari walaupun pada 11 September 2017 Anie telah berjaya menyusukan penuh Ammar Izzariel tanpa tambahan susu formula. 
.

Alhamdulillah terima kasih Allah dan Shaklee sebab membantu Anie dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan. Anie dah alami #shakleeeffects, anda bila lagi?

     

Kredit facebook : supermom shaklee story

Hubungi sue 013 3565768 untuk dapatkan produk-produk shaklee. 
ID shaklee: 1135454
Instagram:suwaibah_shaklee

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Jangkitan Kencing Kotor

Pengalaman jangkitan kencing kotor adalah pengalaman yang sue tidak mahu peristiwa itu berulang lagi. Pertama kali merasai simptom jangkitan kencing kotor adalah semasa buang air kecil, terasa sangat sakit  atau pedih terutama terakhir buang air kecil serta bau yang busuk. Hal ini berlanjutan selama seminggu. Ini semua gara-gara sue tidak ada pengetahuan ilmu tentang jangkitan kencing kotor. Sue biarkan tiada masalah dan menyedapkan hati tiada apa akan berlaku. Namun sangkaan sue meleset sama kali. Apabila sakit semakin tidak tahan, sue bagitahu kepada kakak sepupu (tinggal dengan kakak sepupu) Dan kemudiannya belikan ubat antibiotic. Tetapi malangnya kesakitan dirasai di belakang semakin sakit. Dan malam itu, tidur sue tidak lena & tidur dalam kesakitan & menangis menahan kesakitan tersebut. Dan esoknya pagi itu, sakit semakin menjadi-jadi sehingga kesakitan dirasai di buah pinggang. Masa itu, hendak duduk sahaja sudah tidak boleh kerana sakit yang teramat sangat.  Terus kak

Cara untuk menambah ketinggian badan

Sue merupakan antara individu yang mempunyai ketinggian yang rendah iaitu mencapai ketinggian hanya 142 cm. Sememangnya acap kali sue dengar orang komen tentang ketinggian sue. Apabila mengetahui umur sue 20 tahun keatas, terus diorang cakap "Eh dah umur lebih 20 tahun rupanya. Tengok cam budak sekolah rendah" atau komen yang lain ialah " kecilnya awak, cam budak sekolah rendah". Balik-balik dengar oramg komen sue seperti budak sekolah rendah. Tapi sue masih bersyukur kerana masih dikurniakan badan dan sifat yang sempurna.  Sejak kebelakangan ini, sue tengok banyak agen-agen menjual supplemen @ ubat untuk menambah ketinggian. Dulu sue pernah terfikir untuk cuba tapi tidak berani untuk mencuba. Terima la ketinggian sue dengan seadanya. Tapi sue boleh katanya ada cara untuk menambah ketinggian badan iaitu dengan pengambilan OSTEMATRIX shaklee. Tapi perlu diingatkan, tidak semua orang boleh menambah ketinggian badan. Memetik artikel daripada majalah i

Vaksinasi percuma untuk wanita : program vaksinasi HPV untuk wanita

Adakah anda seorang wanita yang lahir pada tahun 1990-1996? Anda berpeluang dapatkan vaksinasi secara percuma dalam program vaksinasi HPV untuk wanita di Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh negara. Namun bukan semua wanita boleh dapatkan vaksinasi secara percuma. Berikut adalah kriteria wanita layak:  ✔ warganegara Malaysia @ penduduk tetap ✔ wanita yang lahir pada tahun 1990-1996 ✔ wanita bujang & tidak pernah berkahwin ✔ tidak hamil ✔ tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital. Vaksinasi diberikan sebanyak 3 dos :  1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan 2. 1 bulan selepas suntikan pertama 3. 6 bulan selepas suntikan pertama           Apa itu HPV?   HPV (Vaksin virus papiloma manusia) merupakan vaksin yang mencegah jangkitan oleh beberapa jenis papilomavirus manusia yang tertentu. Vaksin yang ada memberi perlindungan daripada 2, 4,atau 9 jenis HPV. Semua vaksin memberi perlindungan daripada sekurang-kurangnya HPV 16 dan 18 yang mengakibatk